Light And Power Construction Sdn Bhd
Light and Power Construction Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik Bumiputera yang diperbadankan di bawah pendaftar Syarikat pada tahun 1975. Syarikat kami berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan CIDB Malaysia dengan pensijilan Gred G7. Kami dahulunya dikenali sebagai Light & Power Radio Services pada tahun 1965. Sejak itu, perniagaan kami telah berkembang menjadi sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan negara yang terkenal dengan pengkhususan dalam Kejuruteraan Awam, Elektrik & Mekanikal.










